CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 5, 2011

bukan malam pertama!




Hallu hallu!!! Tila Shakeri in da house! Dah hampir seminggu rasanye aku tak update blog aku ni. Nak buat camne sebab minggu ni aku busy dengan praktikal kat Hospital Kajang. Bakal staff nurse la katakan..hehe.



Kalau aku keje shift pagi habis pukul 2 pm tapi baru sampai rumah pukul 4 pm, sampai rumah nak siapkan assignment lagi. Kalau keje shift petang lagi la penat, abis pukul 9 pm tapi sampai rumah dah dekat pukul 11 pm. Tak ke penat tuh??? Tapi bak kata orang, takde keje yang tak penat dalam dunia ni.


ni lah hospital kajang

Kalau korang baca tajuk entry di atas ni mesti ada yang fikir kuning kan??? Alah...mengaku jelah. Tapi sorry la takde kena mengena langsung okeh. Umur aku baru 20 tahun, tak taw pape pun lagi pasal malam pertama ni. Otak aku otak suci lagi..hehe. Entry kali ni pasal hari pertama aku di hospital lah.


First day aku praktikal kat Hospital Kajang, aku keje shift pagi. Pukul 4 am aku dah bangun, siap-siap pastu bertolak pukul 5.30 am. Kalau aku tengah teori jangan haraplah nak bangun pukul 4am, tengah sedap membuta adalah! Sampai sana pukul 6.30 am then terus masuk keje. Kali ni aku keje kat Wad 4 ( Sungikal dan Ortopedik Wanita).


ntah gambar sape aku tibai ni


Lepas dah siap diorentasi oleh CI kami, maka bermulalah kerja kami. Tapi seriously aku blur giler pada mulanya, yelah macam tak taw je nak buat ape. Tapi lama kelamaan rasa macam dah ok sikit. Penatnye keje tak payah cakap lah sebab memang penat giler tapi yang penting aku ikhlas okeh.


Macam-macam ragam aku dapat tengok. Dari ragam doktor, matron, sister, staff nurse sampai la ragam pesakit dan sedara mara diaorang. Rupa-rupanye bukan mudah untuk menjadi seorang staff nurse ni. Pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui. Tapi ada orang kat luar sana memperlekehkan kerjaya sebagai nurse ni. Senang je cakap korang try la jadi nurse. Aku nak tengok berapa jam korang boleh tahan. Lain kali jangan sedap mulut je nak memperlekehkan orang!


But seriously aku sangat meminati bidang ni. Bagi aku keje sebagai seorang nurse ni bukan setakat berkerja tapi at the same time dapat buat pahala, itupun kalau buat dengan ikhlas lah. Sambil keje sambil tu buat amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.



Perjalanan hidup aku masih panjang. Aku ada banyak lagi cita-cita. Lepas dah habis belajar 3 tahun ni, aku kena keje dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Lepas dah habis kontrak, aku berhajat nak berkerja kat Arab Saudi pulak. Agak-agak dah boring keje kat sana aku balik la Malaysia then sambung belajar. Lepas dah setel semua pasal tu baru la plan nak kawen..hehe.


mamat ni dari filipina

Sunday, February 27, 2011

awak...terima kasih!

   Oh aku sangat penat setelah hampir separuh hari travel dari Tangkak ke KL. Tapi nak tidur pun tak boleh sebab mata ni tak mengantuk lagi padahal esok hari first aku praktikal kat Hospital Kajang. Dah la shift pagi pulak tuh!...heee.

   Orang kata jangan malu nak bertanya kalau tak nak sesat jalan. Aku setuju betul sebab aku baru je mengalami situasi tersebut. Tapi aku bukanya jenis malu nak bertanya ok! Aku ni jenis yang suka menanya orang kalau aku tak tahu. Kira bagus la nih...hahaha.


   Al-kisahnya, mula-mula aku plan nak naik bas dari Tangkak ke Shah Alam tapi disebabkan tiket ke Shah Alam semua dah habis aku terpaksa la beli tiket ke KL. Aku bukannye tak biasa turun kat KL tapi dulu bas tu berhenti kat Puduraya tapi semenjak tempat tu kena renovate bas tu berhenti kat Bukit Jalil plak. Tu yang aku risau sangat sebab aku tak pernah turun kat Bukit Jalil. Orang cakap tempat tu sesak sikit. Aku ni dah la perempuan so risau la gak jalan sorang-sorang kat tempat yang tak biasa pergi...haish!


   Aku beli tiket bas pukul 12.30 pm sedangkan masa tu jam baru je menunjukkan pukul 10.30 am. Perghh...lama jugak nak kena menunggu nih! Masa aku tengah duduk-duduk kat station bas tu, ada la sorang mak cik ni duduk sebelah aku. Mak cik tu pun tanye la aku nak pergi mana. Aku pulak tanya la mak cik tu dari mana. Mak cik tu cakap dia baru sampai dari KL.


   Aku pun terus teringat masalah yang aku tengah hadapi masa tu. Apa lagi aku pun terus la soal selidik mak cik tu pasal station LRT kat Bukit Jalil. Mak cik tu pun cakap dia tanya orang sebab dia pun tak biasa kat Bukit Jalil tu. Dia nasihatkan aku supaya rajin bertanya kat orang. Jangan malu-malu sebab kalau malu nanti aku sendiri yang sesat! Ada betulnya jugak cakap mak cik ni so aku pun dah kurang la sikit risau.


   Pejam celik-pejam celik bas yang aku tunggu dah sampai. Aku pun terus la naik dan duduk tanpa check seat aku nombor berapa...slumber je! Pastu ada la pulak sorang mamat cina duduk sebelah aku. Aku pun apa lagi terus la meringankan mulut untuk bertanya kat mamat nih.

Aku : Excuse me, I nak tanya sikit ni...u nak naik LRT ke after trun kat Bukit Jalil nanti?

Mamat cina : Yup...why?

Aku : Oh boleh tak I nak follow u sebab I tak biasa kat tempat tu.

Mamat cina : Ok...no problem.


   Fuhhh...lega hati aku bila dengar dia cakap macam tu. Tak payah dah aku nak risau sangat. Tiba-tiba ada sorang mak cik datang... " adik... ni seat mak cik lah". Oh yeke malu la pulak aku...heee! Rupa-rupanya aku punya seat kat belakang sekali daaa...


   Selepas lebih kurang 3 jam perjalanan, bas tu pun sampai lah kat Bukit Jalil. Aku pun tiba-tiba fikir mesti dia dah lupa nak tunggu aku sebab dia turun dulu, aku kan duduk kat seat yang paling belakang. Alamak, habis lah aku kali ni! Tapi jangkaan aku salah sama sekali sebab dia tunggu aku...hehehe. Aku pun follow je la dia.


   Masa kami berjalan ke station LRT tu ada la jugak kami berbual-bual. Rupa-rupanya dia tu student Diploma in ICT kat Cyberjaya. Dia nasihatkan aku jangan terima atau layan orang yang akan bagi apa-apa masa kat tengah jalan. Ishhh..baik jugak rupanya mamat nih!


   Lepas dah sampai kat station tu aku terus beratur untuk beli tiket. Bila aku toleh belakang dia dah tak ada. Dia guna kad touch n go rupanya sebab tu la cepat semacam je! Aku rasa terkilan pulak sebab tak sempat nak ucapkan terima kasih. Tapi takpe lah aku ucapkan kat sini je, awak...terima kasih ye :)

Saturday, February 19, 2011

akulah tulang rusukmu!






Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

Friday, February 11, 2011

Melayan karenah buah hatiku,,,



OOPPSS...lame suda aku tak buat entry baru.agak busy lah dgn study...sori yek.Last aku buat entry ari tu mse cuti sem.Skg ni cuti raye cina.Nampaknye asal cuti je baru aku buat entry baru..hehe.Cuti sem ari 2 aku sibuk kat dapur je tapi cuti kali ni plak aku sibuk melayan karenah buah hatiku.Seronok sangatlah dapat luangkan mase dgn die.Mama and papa die pun join ktorg skali g jalan2 kat Melaka.Suwit giler kan ktorg???

haah...ni lah buah hati pengarang jantung aku!

Nak melayan die nih perlukan tenaga yg mencukupi sebab die punye tenaga,pergh...kalah tenaga aku!Lepas minum susu sebotol lagi lah bertambah 
tenaga die.Tapi pape pun aku cukup seronok melayan die.Aku suka betul kalau budak ni nyanyi lagu Insyaallah..semangat betul!

auni bersemangat!

like mak iti, like auni lah!hee...

Tuesday, December 28, 2010

cuti sem datang lagi!

  Bagi budak2 universiti yang baru lepas bertarung ngan exam, ni lah masa yang sangat2 dinantikan iaitu cuti sem! Maklumlah dah penat sangat memerah otak untuk jawab exam so nak la gak rehat ngan sepuas-puasnye di umah dan nak makan makanan yang sedap2 sebab hari2 biasa makan meggi je... 

  
  
  Sebelum abis last paper lagi rasa-rasanye semua dah siap packing barang supaya lepas abis exam terus bleh chow naik bas ke kampung halaman masing2 (konfemlah ramai yang buat camni).



  First and second week ok je lagi rasanye tapi bila dah masuk ke minggu yang ke-3 konfem ramai yang dah tak senang duduk sebab asyik makan, tido dan tengok tv. Memang boring giler sebab takde aktiviti langsung. Badan pun dah semakin membesar... 




  Kalau pompuan tuh banyak la keje sebab ambik alih tugasan ibu. Pendek kata para ibu bleh goyang kaki masa anak2 dara diorang ni cuti. Mula dari basuh kain, kemas rumah, sampai la memasak, semua ditanggung beres.




  Semua ni sama la gak ngan ak. Kalau ak cuti je mula la tugas ak sebagai suri rumah tapi separuh masa je lah sebab turut dibantu oleh umi. Dalam banyak2 keje yang paling ak ske dah tentulah memasak... Memasak ni bagi ak benda yang paling enteng sekali di dunia! Kalau dah minat ape2 pun jadi kn.




  Tapi masa ak memasak, ak turut dipantau oleh umi. Kiranye still belajar lagi la. Bagi ak masakan umi tiada tandinganye. Masakan kat hotel 5 bintang pun kalah la ngan masakan umi! Kalau korang pekena laksa penang umi, pergh..gerenti nak lagi sampai terbawak2 dalam mimpi..hahaha. Bukan setakat laksa penang lah tapi macam2 lagi. Kalau nak tulis kat sini memang takkan tertulisnye. Ni lah antara menu2 daripada resepi umi ak (gerenti kecur air liur ble korang tengok.haha) :




ni daging goreng.sedap beb!
                          
lauk feberet ak..timun masak taucu
                                      

ubat bagi org buasir..sambal belacan 


udang tempura ni fresh dari laut
                                  
lauk pauk yang enak.yum3!
                             
                              
   Akhir kata dari ak, agak beruntunglah spe yg dapat memperisterikan ak nanti..hahaha. Kalau korang agak2 dah kecur air liur tengok makanan ni semua, bleh la berkunjung ke umah ak untuk menikmatinye. Alamat umah???..dalam peta Malaysia ada alamat umah ak so selamat mencari!