CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 5, 2011

bukan malam pertama!




Hallu hallu!!! Tila Shakeri in da house! Dah hampir seminggu rasanye aku tak update blog aku ni. Nak buat camne sebab minggu ni aku busy dengan praktikal kat Hospital Kajang. Bakal staff nurse la katakan..hehe.



Kalau aku keje shift pagi habis pukul 2 pm tapi baru sampai rumah pukul 4 pm, sampai rumah nak siapkan assignment lagi. Kalau keje shift petang lagi la penat, abis pukul 9 pm tapi sampai rumah dah dekat pukul 11 pm. Tak ke penat tuh??? Tapi bak kata orang, takde keje yang tak penat dalam dunia ni.


ni lah hospital kajang

Kalau korang baca tajuk entry di atas ni mesti ada yang fikir kuning kan??? Alah...mengaku jelah. Tapi sorry la takde kena mengena langsung okeh. Umur aku baru 20 tahun, tak taw pape pun lagi pasal malam pertama ni. Otak aku otak suci lagi..hehe. Entry kali ni pasal hari pertama aku di hospital lah.


First day aku praktikal kat Hospital Kajang, aku keje shift pagi. Pukul 4 am aku dah bangun, siap-siap pastu bertolak pukul 5.30 am. Kalau aku tengah teori jangan haraplah nak bangun pukul 4am, tengah sedap membuta adalah! Sampai sana pukul 6.30 am then terus masuk keje. Kali ni aku keje kat Wad 4 ( Sungikal dan Ortopedik Wanita).


ntah gambar sape aku tibai ni


Lepas dah siap diorentasi oleh CI kami, maka bermulalah kerja kami. Tapi seriously aku blur giler pada mulanya, yelah macam tak taw je nak buat ape. Tapi lama kelamaan rasa macam dah ok sikit. Penatnye keje tak payah cakap lah sebab memang penat giler tapi yang penting aku ikhlas okeh.


Macam-macam ragam aku dapat tengok. Dari ragam doktor, matron, sister, staff nurse sampai la ragam pesakit dan sedara mara diaorang. Rupa-rupanye bukan mudah untuk menjadi seorang staff nurse ni. Pelbagai halangan dan rintangan yang harus dilalui. Tapi ada orang kat luar sana memperlekehkan kerjaya sebagai nurse ni. Senang je cakap korang try la jadi nurse. Aku nak tengok berapa jam korang boleh tahan. Lain kali jangan sedap mulut je nak memperlekehkan orang!


But seriously aku sangat meminati bidang ni. Bagi aku keje sebagai seorang nurse ni bukan setakat berkerja tapi at the same time dapat buat pahala, itupun kalau buat dengan ikhlas lah. Sambil keje sambil tu buat amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.



Perjalanan hidup aku masih panjang. Aku ada banyak lagi cita-cita. Lepas dah habis belajar 3 tahun ni, aku kena keje dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Lepas dah habis kontrak, aku berhajat nak berkerja kat Arab Saudi pulak. Agak-agak dah boring keje kat sana aku balik la Malaysia then sambung belajar. Lepas dah setel semua pasal tu baru la plan nak kawen..hehe.


mamat ni dari filipina