CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 27, 2011

awak...terima kasih!

   Oh aku sangat penat setelah hampir separuh hari travel dari Tangkak ke KL. Tapi nak tidur pun tak boleh sebab mata ni tak mengantuk lagi padahal esok hari first aku praktikal kat Hospital Kajang. Dah la shift pagi pulak tuh!...heee.

   Orang kata jangan malu nak bertanya kalau tak nak sesat jalan. Aku setuju betul sebab aku baru je mengalami situasi tersebut. Tapi aku bukanya jenis malu nak bertanya ok! Aku ni jenis yang suka menanya orang kalau aku tak tahu. Kira bagus la nih...hahaha.


   Al-kisahnya, mula-mula aku plan nak naik bas dari Tangkak ke Shah Alam tapi disebabkan tiket ke Shah Alam semua dah habis aku terpaksa la beli tiket ke KL. Aku bukannye tak biasa turun kat KL tapi dulu bas tu berhenti kat Puduraya tapi semenjak tempat tu kena renovate bas tu berhenti kat Bukit Jalil plak. Tu yang aku risau sangat sebab aku tak pernah turun kat Bukit Jalil. Orang cakap tempat tu sesak sikit. Aku ni dah la perempuan so risau la gak jalan sorang-sorang kat tempat yang tak biasa pergi...haish!


   Aku beli tiket bas pukul 12.30 pm sedangkan masa tu jam baru je menunjukkan pukul 10.30 am. Perghh...lama jugak nak kena menunggu nih! Masa aku tengah duduk-duduk kat station bas tu, ada la sorang mak cik ni duduk sebelah aku. Mak cik tu pun tanye la aku nak pergi mana. Aku pulak tanya la mak cik tu dari mana. Mak cik tu cakap dia baru sampai dari KL.


   Aku pun terus teringat masalah yang aku tengah hadapi masa tu. Apa lagi aku pun terus la soal selidik mak cik tu pasal station LRT kat Bukit Jalil. Mak cik tu pun cakap dia tanya orang sebab dia pun tak biasa kat Bukit Jalil tu. Dia nasihatkan aku supaya rajin bertanya kat orang. Jangan malu-malu sebab kalau malu nanti aku sendiri yang sesat! Ada betulnya jugak cakap mak cik ni so aku pun dah kurang la sikit risau.


   Pejam celik-pejam celik bas yang aku tunggu dah sampai. Aku pun terus la naik dan duduk tanpa check seat aku nombor berapa...slumber je! Pastu ada la pulak sorang mamat cina duduk sebelah aku. Aku pun apa lagi terus la meringankan mulut untuk bertanya kat mamat nih.

Aku : Excuse me, I nak tanya sikit ni...u nak naik LRT ke after trun kat Bukit Jalil nanti?

Mamat cina : Yup...why?

Aku : Oh boleh tak I nak follow u sebab I tak biasa kat tempat tu.

Mamat cina : Ok...no problem.


   Fuhhh...lega hati aku bila dengar dia cakap macam tu. Tak payah dah aku nak risau sangat. Tiba-tiba ada sorang mak cik datang... " adik... ni seat mak cik lah". Oh yeke malu la pulak aku...heee! Rupa-rupanya aku punya seat kat belakang sekali daaa...


   Selepas lebih kurang 3 jam perjalanan, bas tu pun sampai lah kat Bukit Jalil. Aku pun tiba-tiba fikir mesti dia dah lupa nak tunggu aku sebab dia turun dulu, aku kan duduk kat seat yang paling belakang. Alamak, habis lah aku kali ni! Tapi jangkaan aku salah sama sekali sebab dia tunggu aku...hehehe. Aku pun follow je la dia.


   Masa kami berjalan ke station LRT tu ada la jugak kami berbual-bual. Rupa-rupanya dia tu student Diploma in ICT kat Cyberjaya. Dia nasihatkan aku jangan terima atau layan orang yang akan bagi apa-apa masa kat tengah jalan. Ishhh..baik jugak rupanya mamat nih!


   Lepas dah sampai kat station tu aku terus beratur untuk beli tiket. Bila aku toleh belakang dia dah tak ada. Dia guna kad touch n go rupanya sebab tu la cepat semacam je! Aku rasa terkilan pulak sebab tak sempat nak ucapkan terima kasih. Tapi takpe lah aku ucapkan kat sini je, awak...terima kasih ye :)

2 comments:

  1. bapak gempak sii...member ak dh ade blog wey..maju siot..jln2 deh bog aku..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...mne ada lah.ak sje2 je buat nak hilangkan bosan.hehehe.

    ReplyDelete